Monday, June 18, 2012

BENTO SANDWICH SARDIN FOR MY HUBBY

Bento Sandwich Sardin

Hari ni Manjer bangun awal skit kul 5.30pg untuk siapkan sarapan, bekal, dan baju kerja suami serta anak ke sekolah. Sebenarnya suami memang hari-hari bawak bekal gi tempat kerja.. Suami selalu kena kerja ke sana ke mari, kadang² kena pergi pejabat lagi satu dan disebabkan tugas dan tanggungjawab dia kekadang waktu lunch pun dihabiskan masa untuk siapkan keje lain. Tu yang suami lebih suka bawak bekal.. Nak makan kat luar amik masa byk, lagipun ramai org.

Mungkin suami dah terbiasa dengan hidup gaya org jepun time dia blaja kat sana dulu. "Hidup untuk Kerja"..  erm... Takpe la, dah namanyer pun cari Rezeki halal kan... Jadi Manjer selalu siapkan yg simple² untuk En.suami ni la.. Kekadang Roti Sandwich kekadang Nasi Goreng. Hubby pun tak nak makan benda yg berat sangat time lunch.. Kenyang sangat nanti ngantuk dan malas lak.. Yang simple leh alas perut ok la.. Nanti balik umah selalunyer makan malam suami akan makan banyak skit.. Heee..

Okla, Kalau yg belum tahu apa maknanyer "Bento" tu.. Kalau search google translate dia tulis maknanyer "Kotak Makan Tengahari" .. kalau bahasa kita-kita ni bekal makanan la.. kan.. Kalau search kat google image lak kuar gambar yg cantik² isi bekalan nyer.. Memang kat jepun selalunyer diaorg memang rajin wat kan bekalan makanan untuk anak-anak ke sekolah atau suami dengan pelbagai bentuk dan warna menarik. Kadang-kadang nasi tu di buat bentuk seperti muka katun ke, bola ke.. sayur di potong dengan pelbagai bentuk. Bleh la try kalau anak-anak tak suka sangat nak makan, kita wat bentuk yg pelbagai mungkin akan menarik minat mereka dan membuatkan mereka nak makan. Insyaallah..

Kat sini saja jerk ni Manjer nak kongsi RESEPI SANDWICH SARDIN MANJER ek..

BAHAN-BAHAN
1) 4 keping roti
2) 1 ekor ikan dalam tin sardin ( selalunyer dalam tin kecik tu ada 2 ekor )
3) Mayonis
4) Sedikit garam
5) Bawang besar

CARA-CARA
- masukkan 1 ekor ikan sardin dari tin sardin tu ke dalam kuali, letak sedikit sahaja kuah sardinnyer. Masukkan bawang besar yang telah di potong halus.
- Hancurkan ikan sardin bersama bawang tadi dan masukkan sedikit garam
- masak dalam 2 minit selepas tu angkat dan masukkan kedalam bekas lain, kalau belum hancur sangat bleh lenyek² biar dia hancur bersatu ngan bawang tadi.
- masukkan mayonis tadi ke dalam bekas berisi ikan sardin dan bawang yg telah dilenyek, gaul sehingga sebati.
- sapukan ke atas roti. bleh gak kalau nak letak timun ke, sayur salad.. ( kat umah Manjer pagi tadi dah kehabisan ) .. Heee.. ok dah siap leh makan.. leh cecah ngan sos cili kalau nak pedas atau sos cili tu leh masukkan dalam roti tu tadi gak.. Ikut selera anda la ye.. :)