Wednesday, June 27, 2012

KU LIHAT HIJAU...

Aktiviti rutin di petang hari...... Petang tadi..., Time redup yang seakan-akan nak hujan tapi tak jadi ni memang waktu yg sesuai untuk Manjer keluar melawat kebun sekangkang kera di halaman rumah. Hee..

Kalau nak tau Manjer memang suka menanam pokok terutama pokok sayuran. Rasa tenang melihat kehijauan dan kepuasan dalam diri melihat hasil tanaman tu membuahkan hasil dan dapat dikongsi serba sedikit dengan org lain. 

Bendi

Cili padi

Ni adalah antara pokok yg Manjer tanam yang telah membuahkan hasilnya. Byk lagi pokok-pokok lain, ada serai, pandan, pisang, kunyit ... Nanti ada masa Manjer updatekan gambar pokok-pokok lain ye. 


Kangkung


Pokok untuk hiasan di tanam macam pokok yg berbunga pun ada juga tapi tak byk. Manjer tak berapa suka sgt pokok yg byk duri mcm pokok bunga mawar, pokok bunga kertas dan lain-lain. Dalam cuaca panas camni pun tak berapa nak seronok untuk menanam pokok. Tapi berkebun akan mengeluarkan peluh dan baik untuk kesihatan. Hijaukan kediaman anda untuk mengurangkan pemanasan global.. sayangilah bumi anda...