Monday, September 24, 2012

MASA ITU EMAS INTAN BERLIAN PERMATA .. Heee...

Salam Isnin di pagi yang indah. Alhamdulillah banyak perkara yang dah dapat di atasi dan diselesaikan. Berdoa agar setiap hari semakin baik dan baik..

Manjer nak cite minggu lepas di hujung minggu cuti yang panjang sempena hari Malaysia, setelah berbincang dan mendapat kata sepakat, akhirnya suami bersetuju untuk pergi berkelah di Pantai di Kota Tinggi. Pada mulanyer kami merancang nak ke Desaru tetapi memandangkan hari cuti dan kami rasa mesti ramai org berkunjung ke situ, kami bertukar arah ke Pantai Tanjung Balau


Sampai jerk tengok ramai la gak. Sebenarnya sebelum ni Manjer pernah pergi beberapa kali. Yang awal2 dulu Manjer pegi ngan family kot masa tu lum kawen, mmg takde pe sangat la kat tepi pantai ni. yg last Manjer ingat masa bulan 3 tahun 2007. Nak tau naper Manjer ingat .. Hee.. Masa tu Manjer belum tahu Manjer hamil anak pertama, dari kedah balik bercuti di Johor (masa tu Manjer duk kedah lagi), pegi la jumpa ngan member baik.. NORA.. ( RINDUNYER KAT DIA ) .. time seingat Manjer just ada pokok yg kat tepi sekali tu jerk dan masih ingat lagi NORA bawak sandwich telur. Sedapnya... pastu balik dari JOHOR, Manjer disahkan hamil 2 bulan.. Alhamdulillah.. Tu yang sampai sekarang Manjer ingat lagi kenangan tu.. :)

Sekarang mmg dah lain, banyak kedai, pokok2, tempat berehat... Tapi ok la pantai dia cantik dan bersih juga dan time tu ombak pun tak la besar, rasa selamat juga memandangkan ada pengawal pantai yang menjaga.



INSYAALLAH, lain kali nak ajak adik dan mak, dan kalau ada kesempatan nak ajak BFF Manjer NORA lagi.. :)