Friday, September 14, 2012

SALAM JUMAAT DI AKHIR² SYAWAL

Erm.. Maaf byk². Tak sempat nak menjenguk sangat blog ni... Biasalah, syawal masih ada ni byk rumah terbuka, jemputan dari kawan untuk ke rumahnya, beraya. Maklumlah, kat sini raya sebulan. Hee... Malam ni pun Manjer nak ke rumah jiran depan kemudian ke rumah kakak yg ada wat makan² skit. 

Macam² yang terjadi, rasa macam byk jerk benda nak tulis tapi ketandusan idea mengarang ayat dan ketidaksempatan masa membuatkan semuanya tergendala. 

Apa yang Manjer boleh ringkaskan, syawal kali ni mmg byk dugaan. Alhamdulillah, Manjer terima segala dugaan mendatang kerana Manjer yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.

Pertamanya turn raya yg sepatutnya beraya di rumah Mak Manjer telah ditukarkan.. Sebagai Isteri Manjer menurut segala kemahuan suami dengan redha. Perjalanan balik ke kg suami pada malam sehari sebelum SYAWAL selama 13 Jam kerana jalan yg sesak dengan kenderaan memerlukan byk kesabaran dalam diri ini. 

Bila sampai di kg suami, keadaan tak seperti di jangka. Semua adik ipar ada beraya di sana sebab turn raya ditukar kerana dijangkakan adik ipar yg lain beraya di rumah mertua mereka. Takpe la, redha dengan pengorbanan untuk kebahagiaan bersama...

Suasana raya di kg suami mmg amat berbeza dengan di sini. Kat sana saudara mara hanyalah jiran tetangga di sebelahan rumah. Jadi rayanya tak la ke mana sangat. Hari Jadi Manjer yg ke ..3* pun di sambut hanya dengan duduk di rumah mertua. :)

Raya ke 4 mmg seperti dirancang nak balik ke Johor tapi kereta rosak di tengah lebuhraya Ipoh. Dalam keadaan hujan, terpaksa menunggu kereta tarik ataupun PLUS untuk membantu. Lebih kurang 3 jam jugak terpaksa menunggu di tepi lebuhraya. 

Dah hantar ke bengkel, pomen kata 2 hari baru siap, selepas 2 hari menunggu, ada lagi yg rosak.. tunggu lagi sehingga la syawal ke 9 baru dapat bertolak balik ke JOHOR. Kos membaiki kerosakkan amatlah memeningkan kepala juga. Sampai di rumah, byk benda yg perlu diuruskan, almaklumla, mesti ada yg nak dtg umah beraya dan kena pegi umah diaorang untuk beraya.

5 SEPT 2012 .. berita kematian sahabat seperjuangan sama-sama di sekolah dulu.. Erm.. Insyaallah Manjer akan cuba menghadapi segalanya dengan tabah dan redha kepada Nya.