Tuesday, October 30, 2012

Erti sebuah pengorbanan..

Salam.. Minggu lepas, di awal² minggu adalah minggu yg agak tenang dan minggu malas buat Manjer.. Hee.. Ini kerana Suami bercuti dari Selasa hingga ke hari Ahad. Bila suami bercuti lama, tapi tak ke mana, tahun ni mmg turn raya haji di Johor dan kebetulan ada majlis pertunangan anak sedara Ahad lepas, jadi.. selasa hingga ke hari khamis, suami menawarkan diri nak memasak untuk makanan tengahari. Alhamdulillah..

Hari Selasa suami masak sup ayam dan sayur kacang goreng, Manjer cuma tolong potong² apa yg patut dan masak nasi. Hari Rabu suami masak Kari Ayam dan Sayur Kangkung, seperti biasa Manjer tolong apa yg perlu. Dan hari khamis suami masak nasi goreng sebab makan untuk tengahari sahaja, malamnyer tu kami makan di rumah mak Manjer.

TUDUNG CITRA L
KLIK PADA GAMBAR
Bila suami dah amik alih sedikit kerja² Manjer, dan bila suami dah masak, kena la makan byk gak. He.. Bukan apa, selalu kalau suami kerja, pagi Manjer akan sarapan apa yg ada sahaja, roti sekeping ke, kuih ke, bila suami ada kami makan nasi lemak la, roti canai la.. Tengahari pun bila suami keje, Manjer jarang la makan nasi dalam kuantiti yg byk, bukan apa, tak best makan sorang² tu yg makan skit jerk, kadang² suap nasi anak, bila anak tak abis makan, Manjer abiskan la.. pastu dah malas nak makan lagi.. 

Khamis petang, Jumaat dan Sabtu Manjer sibuk skit menolong apa yg patut untuk Hari Raya Aidiladha dan Majlis pertunangan anak sedara di rumah Mak Manjer.


Banyak yg Manjer pelajari dari kehidupan seharian yg telah dilalui.. Pengorbanan seorang ibu, adik, kakak, abang, suami, anak, masa, duit, tenaga.. Juga Manjer mendoakan moga pengorbanan kawan blogger Manjer AFEZZ diberkati oleh Allah terhadap ibunya.. Amin..