Tuesday, December 11, 2012

Institusi Kejiranan part II

Hee... Ni dah tiru tajuk apiz  ni.. ada part-part lak.. Saja la nak cerita semalam petang Jiran depan sana tu bagi buah langsat kat Manjer ni. ALHAMDULILLAH... Ni la untungnya berbaik ngan jiran. 


Mungkin anda pernah dapat jiran yg mmg baik hati, ada juga jiran yg suka cakap² belakang.. Ada yg suka amik kesempatan, ada yg suka memerhati, ada yg terlalu mengambil tahu terutama benda remeh temeh.  

- Kalau ada yang suka amik kesempatan, Manjer anggap apa yg dia minta dan Manjer beri tu sedekah dan rezeki masing². 
- Kalau yang suka cakap belakang tu, takpe la.. Manjer dapat pahala free .. Hee.. 
- Yang suka memerhati tu, tgk la apa pun, Manjer bukan jenis yg berharta dan semua berjenama, kalau nak kata pun tak kesah la dari hidup Manjer nampak mewah tapi hutang keliling pinggang.. 
- Kalau yang terlalu mengambil tahu ni ( contoh : Hujan Gerimis Manjer nak gi rumah Mak Manjer, Jiran tegur.. "Hai Kak, hujan² pun nak keluar ke?" .. Err.. Dlm hati kata, hujan ke ribut petir ke kalau nak gi rumah mak aku redah jerk.. Hee.. ) mungkin agak merimaskan juga tapi Manjer anggap dia prihatin dengan jiran-jiran tetangga.. 
- Kalau dapat jiran yang baik hati.. ALHAMDULILLAH... 

Kemungkinan antara byk² tu ada yg Manjer pernah lalui. Tapi Manjer cuba beranggapan POSITIF sahaja. Sebab kita akan duduk lama mungkin selamanya duk di situ, jika bermusuhan atau beranggapan Negatif sahaja pasti hidup tak bahagia kerana persekitaran dipenuhi kebencian. Jadi, buat lah baik walaupun org itu berbuat sebaliknya pada anda..