Monday, December 24, 2012

TAK TAHU APA NAK DIKATA....

ahhh.... Lega rasanya.. Rasa mcm terlepas dari kurungan .. Uhu... Jahat nyer mulut Manjer ni.. Alhamdulillah, Manjer dah selamat sampai di rumah Manjer pada pagi Ahad kul 2 pagi.. Ok.. Nanti Manjer cite perjalanan pergi dan balik kampung ye.. 

Sebenarnya Manjer takde la benci atau tak suka giler balik kampung... Ok jerk balik kg suami tu, seronok la gak ..  Ayat Manjer kat atas tu hanya meluahkan perasaan apabila dapat kembali menggunakan internet. Aduhaiiii... rasa mcm sesak nafas jugak la duk seminggu kat tempat yg takde internet.. Manjer ada bawak broadband celcom tapi ada signal GPRS yg hanya 2 bar.. SEDIHHHHhhhhhhhh!!!... Ye la, bagi yg berniaga online mcm Manjer ni mmg internet tu adalah satu keperluan. Adala 2 tiga order Manjer beri kat kawan Manjer yang berniaga sama item dari supplier yg sama .. Dah rezeki dia kan..

Pernah Manjer terbaca luahan seseorang kat Facebook.. Naper di tempat org kaya contohnya di KL, Internet adalah Free dengan adanya WIFI, kat luar bandar dah la susah nak dpt line internet, Broadband mahal, CC pun mahal, nak pasang streamyx kabel kena curi.. AduYAIIII.... 

Kali ni balik kg ada 1001 macam kisah yang banyak mengajar Manjer mengenai kehidupan. Manjer tak dapat nak cerita sepenuhnya kerana ini adalah kisah keluarga walaupun ianya keluarga sebelah suami tapi serba sedikit sudah menjadi sebahagian dari hidup Manjer. 

Apa yang Manjer boleh perkatakan, pentingnya peranan seorang bapa, abang, ibu dan adik beradik lain. Jangan terlalu memandang org sekeliling sebelum memandang org yg berada di depan mata. Keprihatinan, ambil tahu, ambil berat amat-amat penting... kat sini, apa yg Manjer nampak, kepercayaan sahaja tidak mencukupi. Keadaan hidup yg hanya menjalankan rutin harian biasa membuatkan jadi tidak terdedah dengan sesuatu yg amat penting. Pendedahan mengenai kehidupan sosial sekarang di Internet dan TV sebenarnya amat berguna kerana akan lebih membuka mata kepada kehidupan sebenar.. Apapun, perkara yg dah terjadi tak perlulah dikesali.. Jadikan pengajaran untuk kehidupan yg lain di masa hadapan.. 


"Dalam perjalanan balik dari Kedah ke Johor, Manjer merenung sebentar apa yg telah terjadi... Di keheningan suasana senja petang itu, ketika hampir sampai waktu solat Maghrib, Manjer perlahankan radio... beberapa minit sebelum azan berkumandang di radio tu, keluar alunan Selawat dan Zikir dengan penuh Syahdu, Manjer mengenangkan nasib anak-anak di zaman yg penuh mencabar ini.. adakah Manjer berjaya menjaga Amanah yg Allah telah berikan ini.. Manjer pun ikut sekali mengalunkan selawat dan zikir.. tetiba terdengar suara kecil dari belakang mengucapkan 'LA ILLA... HAILLALLAH....' berulangkali.. Manjer pandang belakang, kelihatan mulut anak Sulong Manjer sedang terkumat kamit mengikut alunan suara radio itu juga.. yang adiknya pun cuba melakukan yg sama walau belum pandai sangat.. Terus rasa sebak dan mengalir air mata, sejuk rasanya perut mengandungkan mereka.. dalam hati hanya berdoa.. Moga akan berkekalan hendaknya.."