Sunday, February 10, 2013

TERIMA SEGALA KETENTUAN..

Maaf la, banyak cerita pasal suami lak 2 tiga entry post kali ni.. Nak wat camner kan.. suami adalah sebahagian dari hidup Manjer. Apa yg Manjer cerita ni just nak kongsi dan harap anda semua mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga..

Seperti apa yg Manjer pernah cerita sebelum ni, tempat keje suami akan ditutup dan akan diumumkan pada 8hb Februari 2013 ( JUMAAT ). Ye.. Jumaat yg baru berlalu ni. Bos besar cawangan M'sia telah umumkan secara rasmi yg syarikat akan memberhentikan operasi hujung bulan ini. Nangis gak la bos jepun ni time umumkan.. Sob Sob... 

InsyaAllah ada pampasan tapi ye la kan.. Jangan nampak duit banyak tapi tak beringat waktu susah dan kecemasan. Belum tentu dapat kerja baru yg sesuai lagi.. 

Okla, Manjer cerita skit tentang keje suami. Suami graduan Universiti di Jepun, sekarang keje di Kilang Jepun sbg org berpangkat TUTTT... Pangkat takyah cite la ek.. Segan. Yang Manjer risau kalau suami dapat keje kat tempat baru ni, Kilang akan hantar dia kursus ke Jepun seperti yg sebelum ni pernah kena pergi seminggu, pastu 3 bulan, last sekali sebulan setengah. 

Moga segala urusan ALLAH permudahkan.. Dan Manjer terima segalanya dengan redha .. InsyaAllah ada hikmah atas ketentuanNya ini..