Wednesday, January 29, 2014

WANG SAKU Vs BENTO ANAK SEKOLAH

Salam.. Di petang hari Rabu yg agak panas cuaca hari ni kerana dah dekat 2 minggu hujan tak turun di kawasan Manjer ni, Manjer amik kesempatan ni cuba untuk tulis sesuatu.. Ye la, nak wat aktiviti kat luar pun agak panas dan berangin yg dingin. Dengarnya ada tempat yg mmg dingin anginnyer .. Tak mustahil nanti Malaysia akan turunnya salji kan.. Manjer seperti biasa melakukan aktiviti rutin bersama anak2 dan rumah.. bisnes online agak slow skit sebab Manjer mmg kurang berkesempatan nak updatekan sangat page dan blog. 

Hari ni Manjer nak cite tentang anak pertama Manjer yg bersekolah darjah 1 thn ni. Sebelum hari pertama persekolahan bermula hari tu, Manjer mmg agak risau skit dengan anak Manjer ni. Dia agak MANJA dan dari segi pemakanan pun agak cerewet sedikit. Jadi, hari pertama ari tu Manjer buatkan bento = bekalan makanan untuk dia, dan beri juga dia duit saku untuk dia belajar berbelanja sendiri iaitu sebanyak RM1.00. Wah, darjah 1 dah dapat RM1.00 .. dulu zaman Manjer hanya RM0.20 jerk.. hee.. ye la.. takkan nak bezakan dulu dan skrg kan.. 

Balik ke sekolah, tanya dia mana duit saku, ada beli apa2 ke.. dia kata beli kek harga RM0.30 .. so, mesti ada lebih lagi RM0.70, tanya kat dia mana bakinya.. dia kata tatau.. uhuu.. Esoknya bawa lagi bekalan makanan dan wang saku dan bila sampai umah mmg duit RM1.00 tu takde dia bawa pulang bersama. Kali ni tanya .. dia kata duit bagi kat kawan pula.. aduh.. 

Hari berikutnya Manjer pesan kat dia mana yg patut dan mana yang tak.. Alhamdulillah, sekarang dah ok.. dalam seminggu tu dia hanya berbelanja sekali atau 2 jerk. hari yg dia tak belanja apa2 duit saku akan dimasukkan ke tabung.. 

Insyaallah, kat sini Manjer cuba ajar anak pandai berjimat, berbelanja apa yg patut, bersyukur apa yg ada, menabung dan belajar kehidupan.. Moga jadi anak yg solleh.. amin.. 

BENTO ANAK : Roti telur + Sosej