Sunday, July 08, 2012

BERIADAH DI HUJUNG MINGGU ~ HUTAN BANDAR PUTRA

Pejam celik pejam celik dah seminggu berlalu.. Kejap jerk rasa masa berlalu sekarang kan.. Rasa baru jerk gambar ni di ambil tapi sebenarnya dah 7 hari berlalu. Semakin bertambah usia, semakin hampir ke penghujungnya kan..

Saja la nak cite, minggu lepas Manjer ngan anak-anak pergi ke HUTAN BANDAR PUTRA kat sini. Selalunya 2 minggu atau 3 minggu sekali suami akan bawa kami ke sini, tempat riadah yang paling dekat dan ok la ngan umah kami.



Kat sini ada tasik, tempat berjoging, tempat mainan kanak-kanak, tempat futsal dan macam-macam lagi. besar gak la kawasan ni. Tengah kami jalan-jalan pusing keliling tasik tu tiba-tiba dengar la bunyi kapal terbang. Anak Manjer yang no 2 tu memang suka sangat dengan kapal terbang berbanding dengan anak pertama yang suka dengan kereta.


Sebenarnya tempat ni memang dekat sangat dengan airport. Sebab tu kat sini tak dibenarkan bermain layang-layang. Agaknya la kot, Manjer tekanya .. Hee.. tapi dia memang tak benarkan bermain wau dan layang-layang di sini. Mungkin sebab kapal terbang akan berada agak hampir dengan darat. 

Yang paling best anak-anak suka kat tempat ni leh bagi ikan makan kat tasik ni. Memang banyak ikan, ada kura-kura gak. Kat depan pintu masuk ada gak gerai jual makanan² dan minuman serta makanan ikan juga. Tapi tak dibenarkan sama sekali memancing ye.. 


Kalau hujung minggu atau cuti sekolah memang ramai yang datang kat sini. Sesekali bawak anak-anak beriadah kat luar bleh gak mengeratkan hubungan kekeluargaan dan bersenam untuk kesihatan.