SALAM...
Dah lama sgt Manjer tinggalkan BLOG ni.. Last post bulan 4 .. uh.. dah 4 bulan berlalu tu.. Hee.. Sebenarnya byk benda Manjer nak tulis, byk yg nak dikongsikan tapi kekangan masa dan kesihatan yg tak mengizinkan membuatkan Manjer tidak berkesempatan menjenguk blog ini.
Kalau ikutkan Manjer nak share juga pengalaman mengandungkan anak ke 3 Manjer kali ini. Tapi memandangkan suami tiada kerana melalui training kerja di tempat baru di Negara Jepun selama 3 bulan lebih membuatkan byk tugas perlu dilakukan sendiri.
Sebelum ini pun suami mmg sibuk kerja, tapi sekurang²nya time dia ada ada juga la kerja-kerja yg remeh temeh dpt dikurangkan.. Contohnya time Manjer tengah gosok baju, tiba-tiba anak Manjer 2 orang tu sepahkan mainan, pastu gaduh.. suami leh la tengokkan.. ni bila suami takde, wat keje skit asyik terberhenti disebabkan benda² kecik camtu.. Time suami ada pun dia selalu ajar anak wat homework, temankan anak makan, mandikan anak.. Alhamdulillah.. dapat suami yg membantu...
Lagi beberapa minggu suami akan balik ke tanah air.. Tak dinafikan byk dugaan yg perlu Manjer lalui sepanjang ketiadaan suami di sisi terutama dari segi EMOSI lagi plak ketika Ramadhan dan Syawal. Mungkin sebab Manjer tengah mengandung.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. Terima kasih kepada yg sering memberikan kata-kata positif utk Manjer kuat semangat...
Sebenarnya seboleh-bolehnya Manjer taknak susahkan sesapa. Ye.. satu kelemahan Manjer mmg takde lesen dan tak pandai bawak keta. Suami tinggalkan kereta kat umah pun Manjer hanya panaskan enjin jerk tu pun 3 4hari sekali.. Hahahaa.. Manjer malas nak pertikaikan apa² tentang kereta ni.. Benda ni mcm benda² lain gak, org akan kata naper org lain leh wat kita takleh wat.. Mmg kalau nak seribu daya taknak seribu dalih.. Macam isap rokok, ada jerk org bleh benti tapi yg takleh benti tu mcm² alasannyer..
Mcm kereta ni gak.. ada yg ada lesen tapi takut nak bawak sebab tak biasakan bawak keta. Ada yg hanya bleh bawak kereta Auto shj, Manual tak berapa nak pandai walau amik lesen guna manual. Ada yg ada lesen tapi taknak bawak keta hakmilik org lain, maybe takut jadi apa² rosak ke, berlanggar ke, nak beli sendiri belum berkemampuan... Ada yg tak suka benda remeh² pasal kereta ni, nanti rosak kena duit, road tax kena duit, minyak kena duit, berhutang ngan bank bila nak jual semula harga keta semakin menurun.. Pendek kata benda ni terpulang pada diri dan masalah masing-masing dan hanya diri yg melaluinyer sendiri akan mengerti... Tapi mmg Manjer akui pandai memandu kereta adalah satu keperluan di masa sekarang terutama di masa kecemasan.
Tapi Alhamdulillah, so far Manjer dan anak² ok. Setiap yg terjadi ada hikmahnya. Apa yg Manjer lalui bila berjauhan ngan suami banyak mengajar Manjer erti bersyukur dan sabar melalui dugaan. Sekarang Manjer dapat memahami serba sedikit bagaimana wanita yg kematian suami atau bercerai, terpaksa menjaga anak² sendiri. InsyaAllah, tuhan takkan uji seseorang tu lebih dari kemampuan. Pada Manjer sebuah perkahwinan tu adalah satu perkongsian hidup, selagi Manjer bergelar isteri yg mempunyai suami, Manjer rasa apa yg perlu dikongsi bersama, Manjer akan lakukan bersama. Bukan la bermakna Manjer ni tak pandai nak berdikari atau terlalu MANJA mengharap org lain, tapi pada Manjer itulah hakikat hidup berpasangan. Manjer suka lakukan bersama, kalau Manjer penat layan kerenah anak 90%, sekurangnya 10% tu suami pun kena rasa layan kerenah anak tu camner.. hee.. Kalau gi shopping, walau suami tak berapa suka tempat ramai org dan tak suka tunggu lama² shopping, tapi pada Manjer tu la masa dia leh luangkan skit masa ngan anak² dan Manjer, kena pandai pujuk suami dalam waktu yg sesuai.. waktu lain dia dah sibuk keje..
Apa yang Manjer boleh pelajari, kehidupan ni kita sendiri yang corakkan camner untuk mencapai kebahagiaan dan membentuk hidup untuk jadi lebih baik. Masing² ada jalan hidup sendiri. Kekadang bila berjauhan baru kita tahu apa yg sepatutnya kita lakukan bersama sebelum ini. Hargai waktu bersama selagi masih diberi kesempatan.. Duit dan kemewahan bukanla segalanya..
Ok lah, byk yg dah Manjer merepek. heee.. Alhamdulillah kesihatan Manjer pun dah bertambah baik.. mungkin sebab suami nak balik dah... hihihii.. Manjer bleh makan dah walau tak berapa selera sangat, loya pun dah takde sgt, cuma keletihan tu agak biasa la kan, faktor umur dah 30an, uruskan hal rumahtangga sendirian, anak². Harap segalanya akan bertambah baik selepas ni. InsyaAllah akan dtg Manjer akan kerap menulis lagi.. salam.....