" Kemaafan yang kecil dapat melegakan kemarahan yang besar".~ inspirasi kejayaan oleh IRFAN KHAIRI
Dalam dunia artis, nak memohon maaf perlu lantik peguam, buat sidang media, panggil wartawan semua.. adakah begitu besar nilainya sebuah kemaafan itu?
Manjer selalu ikut apa yang Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah pernah cakap.. Sebelum tido adalah lebih baik kita maafkan semua orang... Alangkan nabi ampunkan umatnya, ini kan pula kita manusia biasa perlu harus saling maaf memaafi. Bila kita lapangkan dada untuk memaafkan kesalahan orang dengan ikhlas, rasa sungguh lega dan tenang.. Maafkanlah.. Insyaallah Allah akan memaafkan kamu...
Pada Manjer tak perlulah tinggi kan Ego untuk meminta maaf atau memaafkan orang. Dunia ni kecil dan hanya sementara... Dosa dengan Allah insyaallah, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, tetapi dosa dengan manusia akan di bawa sehingga ke mati seandainya keampunan tidak di beri..
Sempena Nisfu Sya'aban yang bakal menjelma, buku amalan kita akan ditutup. Sama-samalah kita perbanyakkan amalan, berdoa dan memohon keampunan pada yang maha Esa kerana malam itu pintu rahmat dan keampunan akan terbuka luas...