Sunday, August 05, 2012

SESAKNYA DUNIA!!!

Semalam Manjer mengambil kesempatan untuk membeli baju raya anak² sempena raya yg bakal menjelma. Pada mulanya memang bercadang nak beli online jerk sebab tau mesti kawasan² shopping dan sewaktu dengannya akan sesak dengan kebanjiran org bershopping raya. Tapi disebabkan ada barangan lain yg Manjer rasa nak kena pilih depan mata sendiri, Manjer ajak la suami gak. Alhamdulillah suami bersetuju untuk berbelanja di PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU.

Sehari sebelum tu ada cakap kat suami, rasanya kalau kita pegi pagi tak seramai org pada mcm sebelah petang kot. Pagi mungkin org masih tido ke, rehat kat umah ke, wat keje² lain ke. Rupanya.. sama jerk.. parking belah dalam bangunan memang PENUH!!.. 

Bila parking kat luar mmg ada tapi agak jauh juga. So, cakap kat suami takpe la.. target nak cari baju melayu anak, t-shirt dan seluar anak. Kalau benda lain macam baju Manjer ke, kasut ke kalau sempat dan nampak depan mata bleh terus beli.. kalau dah tak berdaya, letih mengharungi org yg ramai tu kita balik jerk dan beli online ataupun beli kat tempat biasa. Ye la, sian kat anak² letih nanti ramai-ramai org ni. Suami lak memang tak berapa gemar la tempat² camni time nak raya org ramai bershopping. Uhu..

Kebanyakkan yg datang ke sini adalah dari Singapura juga. Manjer tau sebab time parking byk gak kereta no plat singapore. Pusing-punsing dapat la gak apa yg di hajati, pilih yg biasa² dengan kemampuan diri. Baju Manjer jerk lum beli, nanti beli online jerk la. Nak balik tu hujan, dah ler parking kat luar yg agak jauh skit utk berjalan, payung tak bawak lak. Masuk kedai WATSON jap cari payung, tgk ramai-ramai org kat pintu kedai ni wat pe ek.. Oh, patutla .. ada SITI NURHALIZA rupanya. Memang sebelum tu lalu depan kedai tu nampak gak gambar dia nak dtg .. tapi wat tatau jerk la sebab bukan tu matlamat Manjer dtg situ, lagipun tak la minat sangat kat Ct tu.. 

Dia promosikan apa ntah, tak silap bejeweled dari label product dia Simplysiti. Baca artikel di MURAI  ( Bejeweled Arjuna Glamor Siti Nurhaliza ) Memang tak nampak pun muka dia sebab dah penuh org, nampak dari hp org yg tgh nak amik gambar.. dan Manjer secara cepat² saja la amik dari belakang² org yg ramai tu. Tu yg gambar pun tak jelas.. Patutla .. Memang la kt ANGSANA tu kalau nak raya mmg sesak, bertambah-tambah lak ada artis datang.. SESAK NAFAS Manjer ni.. uhu..