Monday, October 22, 2012

ALHAMDULILLAH.. PERMULAAN YG BAIK

Jumaat lepas Manjer dan suami ke sekolah anak yg sulong untuk menghadiri Parent's Day yg dianjurkan. Agak berdebar juga nak tengok keputusan peperiksaan anak dan prestasi anak sepanjang tahun bersekolah.



Alhamdulillah.... Dari 4 kertas peperiksaan tu, hanya kertas Arab & Jawi sahaja anak Manjer lemah skit.. dapat 73%. Kertas Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris semuanya dapat 90% ke atas. Agak mengejutkan gak sebab memula Manjer mengagak yg anak Manjer byk ketinggalan pelajaran kerana selalu tak hadir ke sekolah. 

Dari apa yg cikgunya beritahu, Alhamdulillah, anak Manjer suka bertanya, dengar cakap cikgu, tak nakal. Tapi kat rumah cam lain jerk.. Heee.. Takpela.. harap ini adalah satu permulaan yg baik. InsyaAllah, Manjer pun kena lebih memberikan perhatian terhadap anak Manjer pada masa akan datang untuk lebih berjaya... Amin...