Salam.. Alhamdulillah, setiap hari bangun dari tidur, Manjer mmg bersemangat bila memikirkan segala impian² Manjer. Erm.. sebenarnya mmg byk, tapi apa yg Manjer nak kongsikan ni 3 impian besar Manjer yg mungkin memerlukan byk pengorbanan dari segi masa, wang dan tenaga.
1 ♥ Sebenarnya kalau boleh sebelum umur Manjer 40, Manjer nak menunaikan Umrah, dan seterusnya Haji ( kalau bleh Umrah dulu ). Bukan taknak pergi lebih awal.. Kena simpan duit dulu, kalau bleh tunggu anak besar skit dulu la kan.. Dan kemudian negara yg paling Manjer nak pergi ialah JEPUN. Manjer mmg giler skit ngan kejepunan ni. Ada masa nanti Manjer cerita K.
2 ♥ Manjer mmg minat berniaga, komputer dan dalam masa yg sama Manjer nak jaga anak, rumah suami sendiri. So, apa yg Manjer nampak rasanya sesuatu berkaitan dengan bisnes online ni sahaja yg boleh mengembangkan diri Manjer ( ada yg pernah cakap kat Manjer, Kalau duk umah tak gi keje otak tak berkembang.. ) Manjer teringin nak buktikan duk rumah pun boleh berjaya dan teringin nak ada satu jenama sendiri tak kira la product sendiri ke, blog ke, page ke atas jenama MANJER sendiri yg boleh menyumbang pendapatan untuk Manjer lebih berjaya.
3 ♥ Manjer nak membuatkan org lain bahagia dan diri sendiri rasa bahagia dengan memperbaiki diri dari masa ke semasa dan lebih byk mendekatkan diri dengan NYA.
amin....
BANYAK YG PERLU DI LAKUKAN UNTUK MENCAPAI IMPIAN INI... GANBATE!