Thursday, January 26, 2017

Pergi tak kembali..

Allahu.. berat rasa nak menulis.. tapi.. manjer gagahkan juga.. Manjer jarang luahkan apa2 sgt mengenai arwah abah.. bkn x ingat.. bkn x sedih.  Tapi.. setiap kali nak tylis dan luahkan.. x sanggup rasanya.. hati sebak.. rindu.. mengalir air mata..

Pagi bangun dlm cuaca yg agak mendung.. bila ingat semula tarikh 26hb Januari 2016.. setahun yg lalu adalah tarikh terakhir manjer melihat arwah abah dlm hayatnya masih ada. Dlm waktu lebih kurang begini.. ptg sebelum asar.. manjer dtg ke rumah mak abah untuk melihat keadaan abah yg sedang sakit ketika itu. Arwah abah dah lama juga menderita sakit dlm bahagian jantung.. mmg usia abah dah tua ketika itu 82tahun..

Setahun yg lepas.. masih segar ingatan manjer.. ketika manjer menolong mak membersihkan badan abah yg dah x larat utk bangun.. abah melihat manjer.. tak pasti apa yg abah fikirkan ketika itu.. manjer teruskan sahaja sambil memicit kaki abah yg kebas2.. pada ketika itu manjer terpaksa pulang awal kerana anak manjer no 2 sekolah belah petang, dan blk pukul 620ptg.. rasa menyesal x peluk abah erat ketika itu.. dlm keadaan tergesa2.. manjer solat asar , tgk abah dah ketiduran mgkin selesa selepas dilap dan dibersihkan.. manjer terus pulang..

Tak diduga pada keesokkan harinya abah telah pergi selamanya.. abah.. rindu abah..  Moga arwah abah tenang di sana.. amin..