Monday, March 13, 2017

HOMESTAY BEST KETIKA BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS

Bismillah.. Salam.. 

Manjer nak share Homestay yang best dan selesa ketika kami sekeluarga bercuti di Cameron Highlands pada 23, 24 dan 25 Disember 2016 yang lepas. Kami mencari Homestay awal² bulan juga tapi semua yang kami nak dah penuh. Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga yang ada 4 bilik tidur.. 

Homestay Nik Rohila ni terletak di Tanah Rata Cameron Highlands. Rumah Teres 2 Tingkat mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik di atas dan 1 di tingkat bawah. Homestay ni berdekatan dengan pekan jadi memudahkan anda sekiranya nak membeli apa² atau pun ada urusan di bank dan sebagainya. 

Royal Lily Terrace House Nik Rohila Homestay ni juga ada banyak kemudahan disediakan di dalamnya, antaranya Tilam tambahan, selimut, bantal, pinggan mangkuk, kelengkapan memasak, tv, astro, tempat untuk bakar ayam dan lain-lain lagi. 

Owner dia pun ok jenis tak berkira sangat. Boleh dapatkan maklumat lanjut di blog NIK ROHILA HOMESTAY 



Homestay Nik Rohila




Homestay Nik Rohila




Homestay Nik Rohila




Homestay Nik Rohila

Thursday, January 26, 2017

Pergi tak kembali..

Allahu.. berat rasa nak menulis.. tapi.. manjer gagahkan juga.. Manjer jarang luahkan apa2 sgt mengenai arwah abah.. bkn x ingat.. bkn x sedih.  Tapi.. setiap kali nak tylis dan luahkan.. x sanggup rasanya.. hati sebak.. rindu.. mengalir air mata..

Pagi bangun dlm cuaca yg agak mendung.. bila ingat semula tarikh 26hb Januari 2016.. setahun yg lalu adalah tarikh terakhir manjer melihat arwah abah dlm hayatnya masih ada. Dlm waktu lebih kurang begini.. ptg sebelum asar.. manjer dtg ke rumah mak abah untuk melihat keadaan abah yg sedang sakit ketika itu. Arwah abah dah lama juga menderita sakit dlm bahagian jantung.. mmg usia abah dah tua ketika itu 82tahun..

Setahun yg lepas.. masih segar ingatan manjer.. ketika manjer menolong mak membersihkan badan abah yg dah x larat utk bangun.. abah melihat manjer.. tak pasti apa yg abah fikirkan ketika itu.. manjer teruskan sahaja sambil memicit kaki abah yg kebas2.. pada ketika itu manjer terpaksa pulang awal kerana anak manjer no 2 sekolah belah petang, dan blk pukul 620ptg.. rasa menyesal x peluk abah erat ketika itu.. dlm keadaan tergesa2.. manjer solat asar , tgk abah dah ketiduran mgkin selesa selepas dilap dan dibersihkan.. manjer terus pulang..

Tak diduga pada keesokkan harinya abah telah pergi selamanya.. abah.. rindu abah..  Moga arwah abah tenang di sana.. amin..