Monday, June 04, 2012

RESEPI IKAN KELI MASAK LEMAK BERCILI

RESEPI IKAN KELI

IKAN KELI MASAK LEMAK BERCILI

Tak semua orang suka makan ikan keli. Manjer ni bedal jerk semua.. Hee... Sebenarnya resepi  Ikan Keli Masak Lemak Bercili ni Manjer dapat dari adik Manjer tapi di olah sedikit.. TQ pada kyokoblife.blogspot.com 


BAHAN-BAHAN
1) 2 Ekor ikan keli disiang bersih²
2) 2 batang serai di ketuk
3) 1/2 kotak santan kelapa
4) 5 biji cili padi - boelh tambah atau kurangkan ikut citarasa pedas anda*
5) 1 ulas bawang besar + 1 ulas bawang putih*
6) 1 keping asam keping
7) Minyak untuk menggoreng
8) Garam dan sedikit perisa
9) Sedikit serbuk kunyit / kunyit hidup
Bahan bertanda * hendaklah dikisar

CARA-CARA
1) Sapukan sedikit garam dan kunyit pada ikan keli, panaskan minyak dan goreng ikan keli sehingga agak garing sedikit.
2) Bila sudah garing angkat dan ketepikan dahulu. Tinggalkan sedikit minyak baki dari menggoreng ikan keli tadi. Masukkan bahan * yg telah dikisar sehingga naik baunya..
3) Setelah pecah minyak, masukkan santan, serai dan sedikit serbuk kunyit. Goreng sehingga sedikit pekat.
4) Masukkan asam keping, garam dan sedikit perasa
5) Masukkan ikan keli yg telah digoreng tadi dalam 2 minit (agak² sebati)

Dah siap leh santap dah ngan nasi panas.. :) .. selamat mencuba ek.. tatau la sedap tak pada korang.. hee..

2 comments:

  1. kalau dah masak lemak mesti sedap... nyam3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya teringin nak makan unagi la piz.. tapi tak pandai nak masak belut tu licin semacam jerk

      Delete