Tuesday, July 03, 2012

AYER HITAM BANDAR SERAMIK

Beberapa minggu lepas Manjer pergi ke Ayer Hitam, Johor yang juga dikenali sebagai "Bandar Seramik". Pada mulanya pagi tu Manjer dan suami takde pun merancang nak pergi ke mana-mana pun. Nak gi shopping mall takde apa yang nak dibelikan... kalau just nak window shopping malas la plak.. Last-last cakap kat suami jom la kita gi Ayer Hitam.. Bukan pe, saja la asyik gi tempat sesak shopping mall dengan barangan yang biasa di jumpai, aritu saja tukar angin..

Kami memutuskan untuk tidak menggunakan highway untuk ke sana, saja la nak lalu jalan biasa, nak tengok kehidupan orang lain sepanjang laluan tu.. Kalau lalu highway nanti nampak pokok jerk .. Hee... Tak la jauh sangat², lebih kurang 45minit perjalanan.. Takde perancangan nak beli barang apa pun, tapi terbayangkan gak leh la kot nanti beli kerepek² ke, atau makanan lain cam belacan ke.. Bukan kat tempat Manjer takde benda camtu cuma saja la nak beli dari pegi tak beli apa-apa.


AYER HITAM JOHOR

AYER HITAM JOHOR


Kat Ayer Hitam ni banyak jual makanan seperti kerepek², belacan, buah²an, barangan perhiasan seperti pasu bunga, yang diperbuat dari rotan, door gift untuk perkahwinan dan kelengkapan hantaran perkahwinan pun byk gak di jual di sini. Di beri gelaran "Bandar Seramik" pun mungkin sebab memang banyak jual pasu bunga untuk perhiasan dalam rumah dan perhiasan lain yang diperbuat dari seramik.

AYER HITAM JOHOR

Manjer tak sempat nak amik gambar sangat, biasalah kat sini ada gak byk mainan di jual untuk kanak-kanak.. Melayan kerenah anak-anak tak sempat nak amik gambar untuk dimasukkan ke blog ni. Walau tak beli apa sangat pun, apa yang penting Manjer happy dapat abiskan masa bersama keluarga dalam ketandusan idea nak pegi mana dan wat apa ari tu.. Heee.... 

4 comments:

  1. last pegi ayer hitam thn lepas.. terbeli la gak anak patung 2 ekor... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, beli untuk peluk sendiri ke atau beli untuk hadiahkan pada seseorang ek..?? Hee.. Gi ayer hitam awat tak singgah umah.. :P~

      Delete
    2. beli peluk sendiri jer. hehehe... manjer dok ayer hitam ker?

      Delete
    3. uiks.. tak la piz.. Manjer duk Kulaijaya

      Delete