Friday, June 29, 2012

Salam Jumaat.. RESEPI BUBUR NASI AYAM BERCAMPUR

Wah, bagai yang telah Manjer jangka dan perkatakan dengan suami, Italy memang bukan pilihan ramai untuk menang berbanding dengan German tapi bila mereka bertemu di padang seakan ada badi.. German dengan rekod yang baik dalam Euro 2012 kali ni kecundang juga. Hehee.. mesti ramai yang sedih dan tak sangka kan.. :)

Erm.. kejap jerk masa berlalu kan.. rasanya baru ari Jumaat, dah sampai ke hari Jumaat lagi.. Cepat jerk dah bertambah usia, makin hampir usia ke penghujungnya.. Time muda ni, jagalah kesihatan, lagi plak sekarang cuaca tak menentu.. Nanti dah makin berusia tua, makin banyak pula penyakit yang datang.. Mudah-mudahan di jauhkan.. 

Sebenarnya beberapa hari lepas suami Manjer tak berapa sihat, Manjer pun saja la wat Menu Bubur Nasi Ayam Bercampur ni. He.. Setahu Manjer ada lagi satu jenis bubur nasi yang kosong tapi ada lauk²nya macam telur masin, kangkung, sambal .. dan lain-lain

BUBUR NASI
Contoh Lauk untuk Bubur Nasi

Tapi suami tak berapa suka Bubur Nasi yang ada lauk-lauk ni. Dia suka yang bubur yang biasa .. So, Manjer try la wat, moga-moga suami nyer selera untuk makan terbuka la.. Risau juga dia tak lalu nak makan time tak sihat ni kan.. Alhamdulillah, habis juga semangkuk suami makan.. dan sekarang dah sihat..

BUBUR NASI

Ni, Manjer wat menggunakan apa yang ada jerk.. Tak pandai nak masak pun, main masuk² jerk.. hee..

RESEPI BUBUR NASI AYAM BERCAMPUR

BAHAN-BAHAN
1) Segenggam Beras
2) Air
3) Ayam di potong kecil²
4) Sawi (boleh gantikan sayur yang lain seperti lobak merah atau lain-lain)
5) Ikan bilis
6) Cili padi
7) Daun sup
8) Garam dan perisa
9) Bawang goreng

CARA-CARA
- Basuh beras kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 3 kali ganda beras, masak sehingga beras tu kembang.
- Masukkan ayam yang telah di potong kecil²
- Sekirannya air nampak kering, boleh tambahkan sedikit lagi air
- Masukkan sayur, kacau kemudian masukkan garam dan perisa. Biarkan sehingga nasi menjadi kembang dan lembik
- Bila dah masak dan mendidih, boleh letak dalam mangkuk
- Dalam kuali lain, goreng ikan bilis sehingga garing, taburkan di atas bubur tadi.
- Hiris sedikit cili padi untuk rasa pedas
- Taburkan bawang goreng dan daun sup yang telah dipotong halus
( sebenarnya bleh jerk masukkan apa yang anda suka macam telur ke, sayur-sayur lain ke, bawang ke, apa-apa jerk mengikut citarasa anda. Tapi janganla campur terlalu byk bahan nanti rasa bubur lauk lak bukan bubur nasi.. Hee.. )

3 comments:

  1. assalamualaikum manjer : nampak sedap, tp sy ni bukan peminat bubur nasi. kalau bubur kacang suke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manjer pun tak berapa suka gak.. :)

      Delete