Monday, July 09, 2012

KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA ..

Setiap orang pasti akan pernah melakukan kesilapan. Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan ALLAH. Namun berbekalkan Iman dan akal, InsyaAllah setiap manusia boleh menghindarkan diri dari melakukan kesilapan itu. 

Satu ketika dulu heboh di FACEBOOK mengenai seorang ibu muda memukul dan mendera anaknyer dengan begitu kejam. Ibu muda ini yang dikenali sebagai IKA telah pun menerima nasib dipenjarakan. Namun beberapa hari lepas, setelah ibu ini menghabiskan hukumannyer dari penjara dan kini telah bebas, sebuah akhbar tempatan iaitu METRO HARIAN menyiarkan temubual dengan IKA mengenai hasratnya untuk menjaga anaknya semula. Dia kini Insaf dan bertaubat.


Setiap orang memang perlu diberi peluang ke dua. Apatah lagi ini melibatkan hubungan antara Ibu dan Anak. Sejahat mana pun seorang ibu itu, ibu adalah tetap ibu yang mengandung dan melahirkan anak tersebut. Namun, kepercayaan yang pernah ada pasti sudah dicemari dengan kesilapan lampau. 

Pada Manjer biarlah ibu muda ini mendalami Ilmu agama terlebih dahulu, kuatkan Iman, pergi majlis² ilmu, seminar kekeluargaan, kaunseling dan bila melihat dia benar² serius melakukannyer dan betul insaf, InsyaAllah bleh.. Dalam pada itu, pihak berkuasa perlu gak memantau seperti seminggu sekali memberikan laporan kesihatan anak ke, atau apa jerk la dalam satu jangkamasa tertentu.. Tatau la kan, ni pendapat Manjer jerk. harap Ibu muda bernama IKA ini benar² insaf dan bertaubat. ( Manjer memang menentang keras ke atas penderaan anak mahupun pembuangan bayi )

* TAK PERLU MENAMBAH DOSA DENGAN MENGUTUK DAN MENGHINA SESEORANG ATAS KESALAHANNYER.. DOAKAN LAH MEREKA MENJADI YANG LEBIH BAIK DAN BERTAUBAT...

No comments:

Post a Comment