Saturday, July 28, 2012

RESEPI KUIH KETAYAP PINK a.k.a KUIH DADAR


Dah seminggu kita berpuasa ... cepatnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..... Rasa macam taknak tinggalkan bulan Ramadhan ni. Salah satu sebab Manjer sangat suka bulan Ramadhan ni ialah Manjer akan menjadi rajin. Rajin nak masak pelbagai lauk, Kuih Muih, Rajin mengemas sebab akan sambut syawal, Rajin baca quran / dgr org ngaji quran, kebiasaannyer di bulan lain mmg MIM ALIF LAM SIM la.. hahaahaaa...

Sebenarnya dari ari Manjer wat Kuih Ketayap ni Manjer nak tulis resepi kat blog ni. Tapi tak berkesempatan sebabnya biasa la rajin ngan hal lain. Hee.. Oh ya.. Nak tau tak naper Ketayap Manjer ni warna dia pink tak macam kebiasaannyer warna Hijau? Hahahaaa.... Sebab pewarna kat umah Manjer dah takde.., abis ..  dulu² rajin la wat kuih, sejak bz berniaga online ni mmg payah la gak nak wat kuih yg remeh temeh ni. so, apa yg ada jerk .. 

Oh ya, Manjer tatau la org pernah dengar tak selain daripada nama kuih ketayap org panggil kuih dadar. Mak Manjer yg ajar nama dia kuih dadar. Mungkin sebab nak wat kulit dia tu macam masak telur dadar .. Tatau la.. bedal jerk.. Manjer pun tatau resepi sebenar kuih ni sebab Manjer bukan selalu wat pun. Ni wat pun main agak² jerk pernah dengarla skit² dari mak camner nak wat kuih ni tapi cam ingat tak ingat jerk.. Bleh la jadi gak cuma tebal lak skit .. 

RESEPI KUIH KETAYAP

BAHAN-BAHAN
1) Tepung Gandum
2) Sebiji Telur
3) Air
4) Sedikit Garam
5) * Kelapa parut
6) * Gula Melaka
7) Sedikit minyak
8) Sedikit pewarna
Bahan bertanda * adalah untuk inti

CARA-CARA
- Masukkan bahan bertanda * ke dalam kuali, kacau hingga sebati ( sukatan mengikut kehendak anda untuk manis atau tidak ) 
- bila sebati, ketepikan dan biarkan sejuk
- Dalam bekas lain masukkan masukkan tepung gandum, air, pewarna hijau / kuning atau sebagainya dan telur. ( pukul hingga sebati / tapis ) 
- adunan mestilah tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
- Panaskan kuali yg jenis tak melekat, letakkan sedikit jerk minyak
- Masukkan adunan tepung tadi membentuk bulat seperti telur dadar ( Kalau boleh biar nipis sedikit, jgn terlalu tebal )
- Bila agak masak ( jadi seperti lempeng ) angkat dan ketepikan. Buat beberapa keping sehingga adunan abis
- Ambil Inti kelapa tadi letakkan memanjang, gulung ( caranya, gulung ke depan sedikit, kemudian lipat yg sebelah kanan dan kiri, dan sambung gulung sehingga habis ) - lebih kurang gulung popia gak 
- DAH SIAP.. SELAMAT MENCUBA..