Wednesday, August 01, 2012

Lagu Raya ?? Awal NYEEE???

Hampir 2 Minggu dah kita berpuasa. Rasa sesuatu yg rugi bila cepat jerk Ramadhan meninggalkan kita. Seronok sangat-sangat berada di bulan Ramadhan ni. Tapi, ramai gak yang tak sabar dengan ketibaan SYAWAL. 

Sebenarnya Manjer nak cerita ni, Manjer bukan la selalu sangat mendengar Radio. Kalau terdengar pun time naik kereta, tu pun kejap-kejap jerk la. Ari tu suami ada la bukak satu station radio ni, bila dengar memula rentak cam tau dah lagu M. Nasir. Oh, takpe la kot... Manjer suka gak lagu-lagu M. Nasir ni. Tapi rupanya lagu raya ni.. Lagu Salam Dunia kot rasanya. Pergh.... Awalnyer.. 

Pada Manjer la.. memang la tak salah tapi rasanya terlalu awal nak raikan SYAWAL tu. Bulan Ramadhan ni pun kita tatau lagi dapat abiskan tak dengan sempurna nak raikan SYAWAL di awal-awal Ramadhan ni. Lagipun rasanya kalau mereka-mereka yang kurang bernasib  baik seperti anak-anak Yatim, Orang tua yg di tinggalkan anak di rumah Orang tua, Orang yg kurang berkemampuan, Ibu yg tengah sedih menanti kepulangan anak di perantauan, mesti sayu jerk dengar orang lain seronok sangat nak raya, baru seminggu berpuasa kan... Pada Manjer nak menyambut Syawal biarlah bersederhana sahaja. 

Erm.. Baik dengar lagu Ramadhan dulu nak.. Jaga Diri, Jaga Amal.. Insya ALLAH....


2 comments:

  1. kalau tak silap lah, lagu raya kat radio selalunya dimaenkan lepas 15 ramadhan. ermm.. tak tau la kan stesen radio tu over exited sgt nak raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada piz.. try dengar radio suria tak silap..

      Delete