Sunday, November 25, 2012

KENAPA EK??

Erm.. Berderau darah dan jantung Manjer baca berita di HARIAN METRO ni.. Tatau la kenape ek?? Masih ramai yg tak belajar dari pengalaman org lain dan masih ramai yg anggap benda ni tak serius.. Erm.. Mungkin la masih ramai yang kurang pendedahan mengenai perkara ni. Erm.. Manjer akui Manjer bukan la begitu sempurna menjaga anak tapi bila di luar, Tapi.. walau camner sekalipun Manjer cuba taknak terlepas pandang pada anak, risau anak akan berlari², terlanggar org ke, terlanggar barang kaca ke, terlepas pandang tetiba hilang ke.. Suami pun sanggup dukung anak bila tiba di tempat yg ramai sgt org walau berat anak dah mencapai 14kg. 

GAMBAR SUMBER HARIAN METRO ONLINE

"SEBAHAGIAN DARI ARTIKEL : SEREMBAN: Tindakan seorang wanita meninggalkan tiga anak lelakinya yang masih kecil dalam kereta tanpa mematikan enjin di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di Taman Desa Dahlia, Senawang, dekat sini, kelmarin mengundang padah apabila kereta itu bersama kanak-kanak di dalamnya dilarikan penjenayah. BACA ARTIKEL SELANJUTNYA DI HARIAN METRO"

Selalunya suami isi minyak guna kad kredit. jadi tak perlu tinggalkan kereta untuk membayar di kaunter dan suami jarang pergi isi minyak kereta dengan membawa anak tanpa Manjer sekali. Kalau pergi ke kedai bila Manjer tak ikut sekali, suami akan bawa ke dua² anak Manjer masuk ke kedai sekali walau hanya membeli satu barang. Takut sangat tinggalkan anak dlm kereta .. takut lemas dan diculik.. 

Kalau kat rumah, Manjer banyak habiskan masa ngan anak di dalam rumah, Manjer mmg lebih suka ada ruang tamu yg agak kosong, tak di penuhi dengan sofa yg besar² untuk anak selesa bergerak di dalam rumah, biarlah org kata ada rumah besar tapi takde perabot.. Kalau ajak anak kuar di halaman rumah pun Manjer tetap akan perhatikan dan kuar sama walau pagar berkunci dan walau sliding door yg boleh nampak dari dlm, Manjer tetap tak sedap hati untuk biar anak bermain tanpa pemerhatian Manjer. Risau juga akan jadi macam kes ARWAH DIRANG, NURIN JAZLIN dan Lain-lain kes yg membimbangkan. Biarlah org nak kata Manjer ni duk terperap kat umah, jarang kuar.. uhu.. 

Tapi... Ye la.. takdir tuhan sapa yang tahu, Kalau duk dalam rumah pun penculik, penyamun, perompak nak masuk pun kita tatau kan.. Kena doa banyak² dan memang kena beri lebih perhatian mengenai hal berkaitan anak-anak ni kan.. Moga tiada lagi kejadian begini.. amin..

2 comments:

  1. assalamualaikum manjer

    kite patut belajar dari kesilapan orang lain

    ReplyDelete