Wednesday, November 14, 2012

MAAL HIJRAH 1434H

Salam... Mesti ramai yg bercuti panjang minggu ini sempena Deepavali dan awal muharram. erm.. semalam suami cuti, esok tak.. Suami kata sebab tempat keje dia amik cuti awal muharram ni ganti pada cuti hari raya aidilfitri. Tapi suami kata ari ni nak balik awal skit sebab nak ke masjid petang ni untuk baca doa awal dan akhir tahun di sana. Alhamdulillah.. sejuk perut Manjer dengar.. :)

T-SHIRT MUSLIMAH

Bila tiba awal muharram jerk Manjer teringat nasyid yg selalu berkumandang ketika Manjer di sekolah dulu. 




LIRIK LAGU 1 MUHARRAM DETIK PERMULAAN

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman




Jangan lupa juga membaca doa akhir dan awal tahun pada petang ini. Moga tahun yg mendatang adalah lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. Insyaallah... Amin...





1 comment:

  1. salam maal hijrah wat manjer sekeluarga

    ReplyDelete