Thursday, December 13, 2012

ALAM PERKAHWINAN

Bulan 11 & 12 orang kata musim org kawen.. Hee.. Tak lepas juga untuk yang bertunang. Memandangkan dlm ahli keluarga Manjer pun ada yg mengambil peluang sempena cuti sekolah ni untuk bertunang dan melangsungkan Majlis pernikahan. 

Keluarga Manjer mmg ramai dan meriah.. dlm 2 bulan ni rasanya 3 orang anak sedara Manjer yg bertunang dan seorang dah selamat melangsungkan Majlis pernikahan. Alhamdulillah.. 

Sajalah nak mengimbau kembali saat² yg Manjer lalui dulu, Hee... Manjer kenal ngan suami dlm masa 2 tahun sebelum bernikah. Tu pun banyak hanya dlm talian telefon, chat, surat dan video chat. Kami jarang berjumpa kerana ketika itu dia masih belajar di Jepun dan bila dia balik ke Malaysia rumah dia mmg jauh dari dari Manjer.. Manjer di Johor, rumah mak dia di Kedah.. Hee.. 

Manjer mendirikan rumahtangga dlm usia yg agak lewat pertengahan juga iaitu 26 tahun. Manjer akui sebelum betul² mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan suami, hati Manjer masih juga tertanya-tanya adakah pilihan ini yg paling tepat untuk membahagiakan hidup Manjer dunia dan akhirat. Memandangkan di zaman remaja Manjer agak nakal skit, Manjer mmg agak risau juga, bolehkan sang suami ini membimbing Manjer ke arah yg lebih baik, atau sama atau lebih teruk. 

Teringat kata-kata akak Manjer.. "Keimanan seseorang itu tidak terletak pada jawatan kerjaya mahupun title dia sebagai ustaz ke, pak haji ke, tok imam ke.... Org yg keje posmen ke, kerani pun ke hanya Allah yg tau amalan dan iman dia bagaimana" .. Maksud akak Manjer tu, kalau kita dapat suami keje penjual ikan yg bukan bergelar ustaz sekalipun, tak semestinya dia tak baik dan tak beriman, InsyaAllah mereka masih boleh membimbing kita ke arah yang lebih baik...



Manjer doa sebaik mungkin dan ada juga wat solat istikharah beri petunjuk agar berilah yg terbaik untuk diri ini. Alhamdulillah, di atas segala doa dan dugaan rintangan yg Manjer lalui, kini dah lebih kurang 6 thn setengah Manjer mendirikan rumahtangga dengan suami. Buat masa ni belum ada dugaan yg besar Manjer lalui bersama.. Alhamdulillah.. Moga-moga tuhan berikan kebahagiaan berpanjangan buat kami berdua dan juga anak-anak. Yang lebih Manjer bersyukur sangat-sangat sekarang ada menunjukkan sifat kematangan dan perubahan yg lebih baik antara kami berdua untuk menghadapi cabaran di dunia mahupun akhirat.. amin.. 

2 comments:

  1. Moge perkahwinan berkekalan hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  2. Tq kak.. Ijan doakan akak juga ye.. amin..

    ReplyDelete