Wednesday, January 15, 2014

2014 sibuk dan meletihkan namun membahagiakan

Setelah 2 minggu masuk ke tahun 2014, barulah Manjer dapat meluangkan masa untuk menulis di blog. Pada mulanya mmg berazam tahun ni nak fokus pada mcm² termasuk nak jadi blogger. Tapi tu la.. masih sedang set masa untuk menyesuaikan diri dalam keadaan yang baru ni.

Seawal 5.30 pagi Manjer dah bangun sekiranya suami bekerja shift siang. Kalau suami keje shift malam, mungkin Manjer akan bangun dlm 6.00 atau 6.30 pagi bergantung pada tahap keletihan dan baby kerap berjaga atau tak.

 Anak yang sulong pagi bersekolah agama, sebelah petang sekolah rendah kebangsaan. Memandangkan dia baru darjah 1, banyak perkara yg Manjer perlu pantau, sediakan dan tunjuk ajar. Sebagai seorang Ibu, kerisauan tu pasti ada. Anak yg ke 2 pula sudah ke Tadika 5 tahun. Alhamdulillah, anak ke 2 ni mmg lebih berdikari sedikit. Hari pertama ke sekolah penuh keterujaan bagi diri dia dan tak nangis pun.. tak seperti abgnya dulu.. :) 

Manjer doa dan berharap agar segalanya dipermudahkan. Dan moga anak² Manjer dapat menimba Ilmu sebaik mungkin untuk berjaya di dunia dan akhirat. Baru 2 anak yg bersekolah Manjer dah kelam kabut. Bagaimana dengan Mak Manjer dulu yg anak ramai ye.. Baru rasa camner Mak rasa sekarang.. Oleh itu, hargaila pengorbanan seorang Ibu ye...!!!


 

BAHAGIA MELIHAT ANAK MEMBESAR DI DEPAN MATA.....

4 comments:

  1. Assalam ijan.,
    Mmg tahun yg sibok ye..moga tabah dgn rutin harian

    ReplyDelete
  2. ws.. Tq kak.. tgh cuba jadi ibu dan isteri yg baik..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    itulah, jadi ibu adalah pekerjaan paling sukar di dunia

    ReplyDelete