Friday, November 30, 2012

RABUN WARNA

Sebenarnya beberapa bulan yang lepas Manjer rasa, Manjer dapati anak ke 2 Manjer seperti ada tanda pesakit Rabun Warna. Tapi Manjer masih belum dapat memastikan 100% lagi kerana usia anak baru mencecah 3 tahun lebih dan Manjer berdoa sangat yg anak Manjer adalah normal penglihatannya seperti orang lain. 

Apa yang Manjer perasan ada beberapa kali anak Manjer ni tak dapat membezakan warna di antara merah dan hijau. Sebelum tu Manjer pernah la menonton cartoon yg anak Manjer selalu tengok tak silap Manjer di Saluran Astro DISNEY Jr. iaitu cartoon CHUNGINGTON .. Katun keretapi tu tak dapat membezakan lampu isyarat yang berwarna merah dan hijau, jadi bila teringat cerita katun tu, Manjer terus la google untuk mendapat info mengenai RABUN WARNA.                                 --- KLIK SINI UTK BLOUSE MUSLIMAH TERKINI --

RABUN WARNA

Dari beberapa blog dan web yang Manjer baca, mmg pesakit rabun warna tak dpt mengesan baik warna terutama warna hijau dan merah. Ada beberapa kejadian yang membuatkan Manjer risau yg anak Manjer adalah pesakit rabun warna antaranya ada sekali tu, time nak makan di luar, selalunya anak sulong Manjer suka air sirap laici.. bila air dah sampai ke meja makan, anak ke 2 Manjer tu sebut.. "MAMA.. NAK AIR HIJAU TU JUGAK.. " erk.. dia tunjuk ke arah air sirap laici berkenaan.. dan ada lagi beberapa kejadian yang lain .. tapi ada beberapa kejadian yang lain yang kadang-kadang dia betul menyebut benda yang berwarna hijau itu adalah hijau dan yang berwarna merah itu adalah merah. Jadi, Manjer akan sentiasa pantau perkembangan anak Manjer ni untuk mengetahui samada mmg dia rabun warna ataupun sebab dia masih kecil yg belum kenalpasti setiap jenis warna.                 

Jika benar anak Manjer pesakit Rabun Warna Manjer terpaksa redha dan memastikan kekurangan yang dia ada tu tak melemahkan perkembangan beliau seperti apa yang terjadi Pengasas FACEBOOK iaitu MARK ZUCKERBERG yang hanya dapat mengenalpasti warna biru dan putih dengan baik seperti logo facebook. Beliau tidak dapat melihat banyak warna terutama warna hijau dan merah. Abang Manjer ada seorang rabun warna tapi Alhamdulillah, dia juga berjaya walaupun ada kelemahan itu. Dapat melanjutkan pelajaran ke Luar Negara dan kini ada rangkaian perniagaan sendiri..

Jangan anggap sesuatu kelemahan yang tuhan bagi tu satu beban yang tak boleh di atasi. Apa yang penting, kita kena redha, syukur dan berusaha menempuhi segalanya untuk lebih berjaya..

RUJUK SUMBER RABUN WARNA - SINI dan SINI

2 comments:

  1. assalamualaikum manjer

    yg sy tau mmg org yg rabun warna ni tak dpt membezakan warna hijau dan merah. susah gak klu rabun warna ni, nak amik lesen memandu pon susah. kalau masuk U, selalu nya ade jurusan yg diaorg tak bole amik macam perubatan ngan kejuruteraan. ape2 utk kepastian, bawaklah anak tu jumpe doktor. mane lah tau di peringkat awal ni boleh diperbetulkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la piz.. risau juga ni.. Tq ye..

      Delete