Friday, June 22, 2012

Resepi Asam Pedas Mak Pah

Resepi ni Manjer amik dari mak Manjer sendiri. Tapi tataula macamana sekalipun mak ajar mmg takkan sama... Ye la, tu yg mgkin dikatakan air tangan.. lain org lain rasanya...

Kalau nak ikutkan rasanya byk versi asam pedas ni.. yg Manjer pernah dengar asam pedas letak bunga kantan, letak belacan, dan macam2 lagi.. yg Manjer nak share ni versi Mak Manjer ek.. Manjer namakan Asam Pedas Mak Pah..

BAHAN-BAHAN
1) Ikan kembung / ikan pari / ikan sembilang / ikan merah / mcm2 lagi ikan pun leh
2) 7 biji lada kering
3) 5 sudu besar air asam jawa
4) 4 ulas bawang merah
5) 2 ulas bawang putih
6) setengah Inci halia
7) setengah Inci kunyit
8) garam, gula, perasa secukup rasa
9) 6 helai daun kesum
10) bleh tambah bendi atau terung untuk sayur tambahan
11) minyak untuk menumis

CARA-CARA
- Rendam lada kering dengan air panas seketika
- Kisar lada kering tadi bersama bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia.
- Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.
- masukkan ikan dan pusingkan sesekali dengan perlahan supaya sebati dengan bahan yg ditumis tadi
- masukkan air asam jawa, biar seketika, masukkan garam, perasa dan gula secukupnya
- masukkan daun kesum dan sedikit air jika terlalu pekat, biar seketika..
Dah pun siapppppp......... selamat mencuba..


Asam pedas ikan merah

No comments:

Post a Comment