Monday, July 02, 2012

COUNTDOWN RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H

Malam tadi sebelum tido Manjer ada la gak set alarm clock kat hp konon-kononyer nak bangun la tgk EURO 2012 Final Spain Vs Italy.. Uhuu.. Dalam hati kata nak tengok separuh masa ke dua pun ok la kot.. set la kul 3.30pg.. Sampai ke masanya.. cam biasa la... mata ni berat sgt nak bukak.. tangan pegang hp tutup bunyi alarm tu.. hahaa.a.. kul 4.00pg tersedar semula.. Errm.. lagi la terus jerk kata takyah la.. wat pe susah² bgn tgk bola ni.. Kalau bangun Malam wat tahajjud ke pe² amalam lain tak pe la gak.. Lagi plak Ramadhan hampir tiba.. kan... Tido la semula.. uhu.. 

Bangun tido jerk cam biasa sambil siap² keperluan suami untuk ke tempat kerja dan anak ke sekolah, Manjer sempat la melayari wall facebook Manjer .. Dapat la tau keputusan Euro 2012.. Tahniahla Spain, seperti yang di jangka memang akan menang, tapi tak sangka lak sebanyak 4 - 0 .. ☺

Tahniah juga untuk Irma Hasmie dan suami. Semalam banyakla gak Manjer dapat tgk gambar persandingan beliau di web, blog dan portal-portal hiburan. Time Manjer tgk² gambar persandingan tu di salah sebuah web hiburan ni ada la yang comment tentang status suami Irma Hasmie ni. Sebenarnya beberapa hari lepas Manjer ada la gak terjumpa gambar yang menjadi tanda tanya Manjer mengenai status dia. Tapi dalam blog tu tak tulis secara terperinci sebab blog tu hanya memaparkan gambar mungkin kerana itu ada blog solekan perkahwinan. Nak tunjuk hasil solekan tu. Tapi Manjer takla nak pikir negatif pe pun, walau apa pun status dia biar la kan, takde manusia yang sempurna dalam dunia ni... Yang penting sekarang kita semua mendoakan yang terbaik untuk semua orang.. kan kan.. Takyah la nak memperbesarkan benda-benda yang tak patut.. Kalau ikutkan Manjer bleh jerk letak URL blog tu atau letak terus gambar tu kat blog Manjer ni .. Tapi untuk APA?

Okla, sebenarnya Manjer nak cite ni.. tak sambar nak sambut Ramadhan.. Masa untuk mengumpul pahala.. ☺.. Hari ni Manjer akan mula cuba menjual PRE-ORDER kuih raya. Manjer tau mesti ada yang cakap belum pun ramadhan dah jual kuih raya.. Uhu.. Tak kesah la apa yang orang nak kata.. Pada Manjer, mencari rezeki yang halal itu pun satu ibadah selagi kita tak meninggalkan tuntutan Allah.. Insyaallah ari ni Manjer akan update kan gambar-gambar BISKUT RAYA di Facebook Page dan Blogshop Manjer ek.. 


Hadis "rezeki" pagi ini: Sesungguhnya Allah Ta'ala senang melihat hambaNya bersusah payah (lelah) dalam mencari rezeki yang halal. (HR. Ad-Dailami) dipetik dari Facebook Page IRFAN KHAIRI