Friday, July 06, 2012

LONG VACATION ~ KIMURA TAKUYA

Kalau korang nak tau... Sejak dulu zaman remaja lagi Manjer mmg suka sangat ngan Jepun. Tak kira la Drama nyer ke, pakaian ( KIMONO ) nyer ke.. Makanan ( SUSHI ) .. Tatau la naper .. Nanti ada masa Manjer cite ek lebih lanjut. 

Sebenarnya semalam Manjer tebaca wall di Facebook seorang Senior Manjer kat sekolah dulu. Dia tulis nak layan cite Long Vacation .. Pergh.. Cite ni mmg cite peberet la.. uhuu.. Manjer mmg lagi suka tengok cite drama jepun dari Drama Korea .. Mungkin sejak zaman dulu zaman Drama bersiri Oshin, Moero Attack, Tokyo Cinderella Story dan byk lagi la kan.. 


Ok, Manjer nak nak cite pasal Drama Long Vacation ni.. Sebenarnya ada kisah di sebalik cerita ni. Time tu Drama jepun mmg tgh hot kat TV3, masa tu tengah ditayangkan cerita bertajuk WITH LOVE.. Adalah seorang insan ni dia blajar kat Jepun, Manjer cite kat dia Manjer suka tengok Drama Jepun, dia pesan la kat Manjer kalau nanti akan keluar Drama Jepun tajuk LONG VACATION jgn lupa tgk, best sebab dia dah tengok kat TV di Jepun..  time tu dia kat M'sia balik bercuti. Ye la, cite ni tak silap tahun 1996 tapi tayang kat M'sia tahun 2000 kot.

Bila dia balik ke Jepun, memang Drama Jepun Long Vacation ni ditayangkan.. Tapi insan yang pesan kat Manjer suh tgk cite tu menghilang.. Tatau la ke mana.. Tak dapat la nak berkongsi cerita tentang drama ni.. Hee.. 

Tapi Manjer suka tgk cerita ni bukan la sebab "INSAN" tu yang suruh tgk, tapi Manjer mmg suka drama jepun, suka KIMURA Takuya, Suka Yutaka Takenouchi, suka jalan cerita nyer ..  Nanti ada masa Manjer cite pasal Drama ni ek.. 


No comments:

Post a Comment