Saturday, November 30, 2013

ALHAMDULILLAH... ANUGERAH SATU AMANAH...

Salam.. Sebenarnya Manjer mmg byk nak tulis dan kongsi bersama pengalaman apa yg Manjer lalui selama mengandung yg lalu. Tapi, biasala, kekangan waktu dan komitmen lain yg Manjer perlu lakukan sebab Manjer bukanlah penulis blog sepenuh masa. Walau camner pun, Manjer bersyukur sangat... Alhamdulillah, pada 29 Oktober 2013 bersamaan 24 Zulhijjah 1434 pukul 12.20 tengahari, Manjer telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.95kg di Hospital Columbia Asia, Nusajaya Johor.

Seperti yg dah diketahui dari hasil Scan, Manjer terima dengan rasa penuh syukur dapat anak lelaki yg ketiga. Memangla kalau boleh nak rasa ada anak perempuan setelah mendapat 2 anak lelaki, tapi bila pikir secara positif, ni adalah rezeki Allah, Anugerah dan Amanah... Macam kakak Manjer penah cakap, kita tatau anak yg mana yg akan mendoakan kita ketika kita telah tiada nanti. Sentiasa berdoa agar semua anak kita adalah anak yg Solleh.. Jgn ada rasa kecewa, atau benci dan yg paling teruk ada rasa nak gugurkan kandungan bila tau apa yg kita dapat bukan seperti yg kita harapkan. Anak lelaki ke perempuan ke, sama sahaja.. pasti ada hikmah dan yg penting leh try lagi untuk dapatkan anak perempuan .. hehehee.. 

Erm.. tapi ... biasalah, Manjer ni kalau ngandung mmg akan ada masalah terutama alahan dan darah begitu juga dengan berat badan. InsyaAllah, post akan datang Manjer akan kongsikan gak pengalaman mengandung dan bersalin kat sini. Apa yg penting sentiasa la kita berdoa dan mensyukuri Rahmat yg diberi.