Tuesday, December 31, 2013

PENGAKHIRAN DAN PERMULAAN

Salam akhir tahun dan awal tahun.. Eh, sebenarnya Manjer tak sambut pun tahun baru 2014, duk umah tidoq jerk la malam ni kot.. Lebih baik sambut tahun baru Hijrah kan.. Tapi apa salahnya Manjer ucap selamat utk semua org kan.. termasuk utk diri Manjer sendiri..

Kalau ikutkan, banyak sangat benda tertangguh pada tahun 2013 ni... dan.. Bykk sgtt yg Manjer rasa nak buat dan perlu buat pada tahun 2014. Usia semakin meningkat, rasanya belum terlambat untuk Manjer lakukan apa jua perkara yg boleh memperbaiki kehidupan diri ini..

Apa yg Manjer pikir, 3 perkara utama yg Manjer perlu lakukan bg permulaan tahun ini ialah memperbaiki, menyusun dan mengurus. MEMPERBAIKI - dari segi memperbanyakkan lagi amalan, perbaiki kewangan dan byk lagi.. MENYUSUN - Manjer akan cuba menyusun waktu agar segala urusan lebih tersusun dan teratur. MENGURUS - Manjer akan cuba mengurus dan melakukan perkara2 yg sepatutnya utk ke arah yg lebih baik..

Sebenarnya tahun 2014 ni mmg Manjer akan lebih busy dan letih sebab byk perkara baru yg akan berlaku.. Anak yg sulong akan memasuki darjah 1 sekolah rendah dan sekolah agama, anak no 2 akan ke tadika dan Manjer baru gak dapat baby yg masuk umo 2 bulan...

Harap segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar.. Perlu semangat yg kuat, azam dan yg penting juga kesihatan yg baik... InsyaAllah.. amin...


No comments:

Post a Comment