Monday, February 17, 2014

CATUAN AIR KEMARAU 2014

Hari ni Isnin 17/2/2014 akan berlaku catuan air di kawasan perumahan Manjer selama 12jam bermula dari pukul 10.00pagi hingga pukul 10.00malam setelah kemarau yg berlaku selama sebulan rasanya kot. Alhamdulillah setelah hampir sebulan ni hujan turun juga semalam walaupun hanya 10 minit. Manjer dah basuh baju awal2 lagi, masak yg simple2 jerk ari ni. heee....

Cuaca sekarang mmg kering, panas terik dan bahang. Kesihatan perlu dijaga. Manjer pun baru sihat dari selsema, nasib baik la kena sehari jerk selsema.. Ini pun mungkin jangkit dari anak-anak.. Yang lain pun kena selsema dan batuk tapi tak berpanjangan .. Alhamdulillah. 

Dalam keadaan begini, perlu minum air yg banyak, Mandi yang kerap dan jangan banyak lakukan aktiviti luar yg terdedah dengan cuaca panas. 

Segalanya yang terjadi ada Hikmah. Mungkin tuhan nak menguji kita dengan cuaca yg begini, nak kita lebih byk bersyukur, berjimat, ambil berat tentang kesihatan dan jaga alam sekitar yang hijau.. kan kan kan.. Yang Manjer tau ada tempat yg sejukkkk sgt salji turun walaupun kebiasaannya bulan 2 camni takde salji sgt.. segalanya mungkin bagiNya... 

NOTIS DARI SAJ ( SYARIKAT AIR JOHOR ) UNTUK CATUAN AIR