Thursday, August 11, 2016

RESEPI AYAM GORENG WRAP ALA TWISTER

Sebenarnya Manjer penah wat bisnes kecik2 dulu delivery makanan yg diiklankan kt fb.. ni saja la kongsi resepi .. 

RESEPI AYAM GORENG WRAP ALA TWISTER
1, Daun Salad
2. Sos dan mayonis
3. Wrap (kulit utk membalut)

Bahan utk ayam goreng
1. sebahagian kecil ayam nak byk pun ok (bahagian daging)
2. Tepung gandum dicampurkan sedikit tepung jagung*
3. serbuk kari*
4. sedikit garam*
5. sebiji telur
6. minyak utk menggoreng

CARA2NYA
campurkan semua bahan bertanda * .. dalam bekas lain pecahkan sebiji telur dan pukul. masukkan ayam yg telah dicuci ke dlm campuran tepung dan lain2 kemudian masukkan ke dlm telur tadi gaul dan masukkan semula ke dlm tepung.. panaskan minyak .. goreng sehingga garing dan masak. 

Kulit (wrap) perlu di panaskan seketika dlm kuali leper .. kemudian letakkan salad di atasnya.. letakkan ayam juga .. letak sos atau mayonis atau cheese sesuka hati anda.. balut dengan kemas.. siap.. bleh disantap.. 


ayam goreng wrap

No comments:

Post a Comment