Sunday, August 05, 2012

RESEPI NASI TOMATO

Semalam lepas balik dari kuar beli baju anak² tu sampai umah dalam kul 3 .. Memula sampai umah tu cakap kat suami nanti dlm 630ptg ke, pegi bazar ramadhan yg kat depan tu jerk beli la apa pun.. Tak larat sangat nak masak.

Dah kul 6 tu setelah berehat, suami kata terasa nak makan nasi tomato .. Adeh.. tak pe la, ok jerk tak susah sangat kot ( padahal Manjer tatau pun resepi sebenar Nasi Tomato ni. ) bedal jerk la.. Suami kata takyah susah² buat satu lauk jerk.. Ayam masak merah, fav suami. Dalam hati kata, ye la.. kalau tak wat nasi tomato ni pun mmg nanti kena masak nasi gak malam nanti untuk sahur.

So, ni la hasil nasi tomato yg Manjer wat sendiri resepi nyer sesedap rasa Manjer.. Hahaa.. kurang merah warnanyer.. 


RESEPI NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN
1) Beras
2) Air
3) Sos Tomato ( buah tomato tu pun bleh )
4) Marjerin
5) Garam
6) Perasa
7) Bunga lawang, Kulit kayu manis, bunga cengkih *
8) Bawang merah * dikisar
9) Sedikit halia * dikisar
10) Sedikir susu cair

CARA-CARA
- Basuh beras dan isi sedikit air
- Dalam kuali lain, tumis bahan bertanda *  menggunakan marjerin
- Masukkan bahan yg telah ditumis tadi kedalam periuk nasi yg berasnya telah siap di basuh
- Masukkan sos tomato, garam dan perasa
- Masukkan sedikit susu cair
- Kacau sekali sekala untuk bahan bercampur dengan rata dan masak dengan betul.
( boleh dihidang dan dihias dengan bawang goreng dan daun sup ) 

1 comment: