Thursday, December 06, 2012

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Sebenarnya apa yang Manjer nak tulis ni bukan nak membandingkan atau membezakan antara satu sama lain. Just nak cerita Manjer ada 2 org anak lelaki yg sangat berlainan samada dari segi pemakanan, kegemaran dan lain-lain. 

Kalau lihat dari gambar pun menampakkan perbezaan, sebelah kiri gambar adalah abang ( Nuqman ), sebelah kanan adalah adik ( Naufal ). Beza umur dlm  1 thn 3 bulan

Dari segi fizikal dan luaran :
NUQMAN - Berkulit cerah, rambut agak kasar, badan berisi dan tak berapa memanjang berbanding Naufal, mata agak sepet
NAUFAL - Berkulit agak gelap sedikit berbanding Nuqman, rambut lebih halus, kurus dan memanjang, mata dan hidung seperti melayu biasa.

Dari segi pemakanan :
NUQMAN - Agak memilih, susah nak makan sayur atau buah, taknak mencuba makanan luar dari kebiasaan terutama pedas. Makanan ringan kegemaran = Coklat Dairy Milk kosong (tanpa kacang atau sebagainya)
NAUFAL - Tidak memilih, suka buah, kadang-kadang makan sayur, makan sedikit pedas. Makanan ringan kegemaran = Coklat M&M berkacang atau Dairy Milk yg ada kacang

Dari segi kegemaran & mainan
NUQMAN - Mainan = kereta / keretapi,  Game = kereta / keretapi / learning game
NAUFAL - Mainan = Ultraman / robot,  Game = Angry bird

Dari segi rancangan TV
NUQMAN - Katun² di ASTRO Disney Jr. Kadang² Upin Ipin, Boboiboy
NAUFAL - Katun² di ASTRO Cartoon Network, ULTRAMAN, KAMEN RIDER

Lain²
NUQMAN - Sebagai anak sulong ada menampakkan dia bertanggungjawab sebagai abg, namun dia agak lebih Manja berbanding adik, muka nampak lembut tapi hati agak keras sedikit hanya kadang² sahaja dia beremosi lembut, agak berani, suka bermain indoor (komputer, PSP, PS2, TABLET, TV)
NAUFAL - Lebih aktif, suka mencuba sesuatu yg baru, boleh berdikari, agak lembut dari segi emosi, suka bermain di luar (BOLA, LARI²)

PERSAMAAN?? apa ek? ada la skit² tapi persamaan yg biasa² mcm suka mandi laut, suka wat sepah.. Hee.. dan lain-lain.

Ada yang kata anak sulong mmg akan lebih manja dengan Ibunya dan anak kedua lebih berdikari sebab anak kedua akan lebih byk belajar dari Abangnya. Apapun perbezaan antara mereka, Manjer tak pernah dan takkan membezakan kasih sayang yg diberikan. Apa yg Manjer rasa tak elok dan tak sesuai Manjer akan cuba perbaiki dan cuba beri yg terbaik untuk mereka. InsyaAllah....