Sunday, March 25, 2012

BENDI MASAK KICAP


Sayur bendi ni antara kegemaran hubby. Tak sedap pun, Manjer bukan pandai masak. hee.. Saja nak share resepi. Mana tau kalau korang cuba tambah² apa yg patut jadi lagi sedap ke.. uhuu.. Resepi ni pun ciptaan sendiri jerk.. Kih kih..

- 2 ulas bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1 sudu ikan bilis*
- 1 sudu ikan bilis bahan tambahan
- 10 biji bendi - di potong hiris tebal atau nipis ( ikut selera anda )
- 1 biji kentang saiz kecil - di potong ikut selera anda juga
- minyak untuk menumis
- secubit garam dan perisa Ajinomoto
- Kicap jgn lupa ye.. hee.. 
*** boleh tambah hirisan cili padi untuk sedikit pedas dan warna yg menarik

Kisar bahan bertanda * sehingga hancur. Dalam kuali masukkan sedikit minyak untuk menumis. Bila dah panas minyaknya, tumis bahan bertanda * yg telah dikisar tadi. Masukkan kentang dalam 2 minit, kemudian masukkan ikan bilis untuk bahan tambahan, dan akhirnya bendi.. Kadang-kadang bendi agak berair sedikit, jadi jangan kacau selalu. Masak sehingga agak kering. Masukkan kicap, gaul sedikit-sedikit. Akhir sekali masukkan garam dan perisa. Ta daaaaa.... dah siap :)


No comments:

Post a Comment