Sunday, March 18, 2012

NASI GORENG KAMPUNG..

 

Hee.. Mode : Malas masak.. Tghari tadi pegi kenduri lagi.. so, malam ni Encik Hubby kata wat nasi goreng pun takpe.. hasilnya seperti gambar ler.. tak sedap mana pun.. tapi kalau nak try leh gak .. Ni Manjer share resepi ye.. 

BAHAN-BAHAN
- 2 senduk nasi putih
- 2 ulas bawang putih*
- 1 ulas bawang besar*
- 4 biji cili padi ( boleh tambah ikut citarasa pedas anda )*
- 1 sudu ikan bilis*
- 1 sudu teh belacan*
- sedikit ayam di potong dadu
- 2 tangkai sawi ( boleh tukar lobak merah / kacang panjang )
- secubit garam dan perasa secukupnya
- Sedikit minyak masak

CARA-CARA
1 ) Blender / tumbuk bahan bertanda *
2 ) Dalam kuali panaskan sedikit minyak masak, setelah panas, masukkan ayam selama 1 minit
3 ) Selepas itu masukkan bahan * yg telah dikisar tadi. Tumis sehingga sedikit garing, masukkan nasi putih.
4 ) Kacau sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan sehingga nasi sebati dengan bahan yg telah di tumis.
5 ) Masukkan garam dan perasa secukupnya, kacau sedikit
6 ) Hidangan telah siap. Boleh ditambah dengan Telur Mata Kerbau / Ikan bilis goreng / Ayam goreng / Timun dan sebagainya.

Selamat Mencuba!