Saturday, March 31, 2012

HAK PENGGUNA..

Erm.. Manjer tgh pening ni. Manjer baru duk umah ni bulan Nov 2011. Lebih kurang 4 bulan lebih tapi byk juga la dah retak sana sini.. Memang ikut perjanjian boleh complain dlm masa 2 thn selepas amik kunci tapi tu la kan.. Malas sungguh la nak pegi developer selalu, telefon lagi... Yang akan betulkan kerosakkan ni warga indonesia. Kalau yg retak nyer kat luar rumah takpe lagi, kalau dalam rumah nak tunggu suami Manjer ada kat umah baru la leh bagi dia masuk betulkan. Pastu kalau dia betulkan dengan cara yg betul takpe.. ni retak tu dia cuma tampal sahaja.. Yg kat luar tu, tembok belakang dah 4 atau 5 kali dah dia tampal, retak juga.. Huh.. Beli harga tak sepadan dengan apa yg kita dapat.

Tatau la developer yg tak ikut standard utk wat umah ni atau kontraktor dia yg guna bahan yg tak sepatutnya atau mmg faktor tanah. Manjer pun bukan arif sangat dengan benda² camni. Kalau ikutkan geram, dah lama Manjer nak report kat Tribunal Pengguna ke apa² jerk la, kat surat khabar ke, TV ke.. Hee.. Tapi malas lak nak glamour² ni .. :P .. Tgk la camner nanti, kalau dah setahun duduk mmg kerosakkan makin teruk dan developer hanya suruh kontraktor menampal sahaja. Memang Manjer perlu amik tindakan sewajarnya la kan.. Dah ler developer ni agak kukuh gak la, byk dia wat projek sana sini, kat Puchong, Johor, .. erm..