Monday, April 02, 2012

RAGAM MANUSIA..

Erm.. Malas sebenarnya nak tulis sesuatu yg buruk dan tak elok. Manjer ni pun manusia biasa, ada gak kekurangan. Kekadang Manjer pun lakukan kesalahan. Tapi kan.. Erm.. Ntahla..

Manjer rasa Facebook ni mmg ada kelemahan dan kebaikkannyer. Tapi Manjer nampak byk yg salah guna. Tak dinafikan Facebook medium terbaik untuk bersosial. Tapi kekadang Manjer rasa sebelum kita post sesuatu kat wall tu lebih baik kita pikir buruk dan baikknyer.. Erm.. biarlah Manjer sendiri tau apa yg Manjer baca hari² kat wall Facebook Manjer. Harap Manjer pun dapat memperbaiki diri.. amin..



" JANGANLAH MENGELUH ATAU MENGADU DI DINDING ( WALL ) FACEBOOK, SENTIASALAH MENGADU DAN MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH KERANA DIA LEBIH  MAHA MENGETAHUI SEGALANYA... "

Apa yg Manjer nampak bukan setakat ramai yg mengadu atau mengeluh di Facebook Wall, ramai gak yg secara tak sengaja atau sengaja menunjuk kelebihan diri, Manjer pun kekadang ada gak share kebahagiaan Manjer di Facebook. Bukan niat nak menunjuk just nak kongsi kebahagiaan. Manjer rasa selagi tak keterlaluan takpe kot.. Lumrah manusia. Tapi kekadang ada jerk yg nampak macam lain macam skit ayat² yg di post di Wall Facebook ni. 

Contoh ayat post "Alamak, dah tak muat gerobok aku ni, penuh sangat la baju jenama ABCDE ni.. tak la mahal sgt.. ok la harga dia RM1++.. saja buat koleksi" .. Erm.. cam tak sedap jerk kan.. Kalau setakat tulis, "hari ni nak gi KLCC nak shopping baju tambah koleksi.." takpe lagi kot.. Ntahla, ragam manusia masing-masing.

Lagi satu Manjer pernah la jumpa kat wall .. pasangan suami isteri tunjuk gambar kemesraan mereka berlaga bibir. Erm.. ntah ler..

sebenarnya..
Siapakah yang mewujudkan FB?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???
Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa² mereka, meluahkan harapan, ratapan & segala²nya.

KALAU BOLEH GUNAKAN FACEBOOK WALL SEBAIK MUNGKIN. JADIKAN IA TEMPAT PERKONGSIAN ILMU BAGI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W WALAUPUN HANYA SEORANG..  RENUNG² KAN DAN SELAMAT BERAMAL..