Wednesday, November 21, 2012

BOIKOT McD??

Erm.. sekarang tgh hangat di perkatakan untuk memboikot barangan atau apa sahaja dari ISRAEL ataupun yg membantu ISRAEL. Beberapa hari lepas McD telah memberikan burger percuma untuk sarapan pagi. Ramai yg pergi mendapatkannyer walau ramai yg menggesa suruh memboikot.. 

Erm... sejarah McD dlm hidup Manjer mmg byk juga.. Ye.. mmg byk.. Time remaja dulu lebih kurang 15thn lepas hingga Manjer bergelar Isteri, mmg Manjer agak kerap juga ke McDonalds. Masa tu takde langsung terpikir ttg boikot, tatau pun McD ni sapa punya.. Maybe masa tu just ingat makan² biasa, takde pendedahan sangat seperti sekarang di facebook, blog semua.. Dulu pun Manjer keje, kurang tgk berita, ahad selalu kuar ngan kawan²..

Sejak kawen mmg Manjer jarang sangat ke McD, ye la, selama 5 tahun ( 2006 - 2010 ) Manjer duk Kulim, time tu mmg kulim takde McD lagi, sekarang Manjer lalu dah ada McD di kulim. So, mmg jarang la, ada sekali jerk kot gi McD kat penang time tu.. pastu takde dah.. Dah berpindah di Johor semula ni pun dah jarang ke McD, ada 2 tiga kali sahaja rasanya, tu pun sebab anak nak makan ais krim.. dan Manjer teringin nak burger Samurai.

Alhamdulillah, sekarang segalanya ada di hujung jari. Apa yang lepas tu biar la, zaman remaja mmg mcm² nak wat.. kesedaran yg hadir melalui pemerhatian dan bacaan membuatkan Manjer rasa terdetik macam nak menjual mainan ni untuk didermakan kepada GAZA Palestin.

Erm.. sebenarnya dulu kalau gi McD, Manjer mmg suka beli mainan dia.. time tu saja la suka wat koleksi dan dalam hati pun kata takpe la, dah ada anak nanti bagi kat anak² mainan ni.. 

MAINAN DARI McDONALDS

Ni la sebahagian mainan dari McD... ada lagi yg tersimpan.. ada yg Manjer dah simpan hampir 10 thn.. caya tak? sebab Manjer kawen pun dah hampir 7 tahun kan.. apa nak wat ek.. ??