Friday, December 28, 2012

Wang Kelian, Padang Besar, Perlis

Ari tu time balik kampung, Mak mertua dan adik ipar bagi cadangan nak jalan-jalan. Ye la, nak tunggu suami yg cadangkan mmg dia kata duk umah jerk la.. Hee.. Suami kan tak suka sangat jalan-jalan. 

Mak mertua kata ada org kampung situ pernah gi kat Perlis ni nama tempat tu WANG KELIAN, PERLIS. ni first time Manjer dengar nama tu. Manjer tanya la apa yg best kat situ.. Mak mertua kata tempat tu ada jual barang-barang dari Thailand dengan harga yg murah. Dalam hati terpikir mungkin lebih kurang dengan PADANG BESAR kot rasannya. Manjer ok jerk bab berjalan-jalan ni.. Tapi untuk shopping tu tgk keadaan dulu la.. Hee..

Kami pergi 3 kereta. Jalan bukit nak ke Wang Kelian tu pergh... Bleh wat tempat drift rasanya, berlipat berpusing-pusing dan tinggi juga. Ada gak lalu Tasik Meranti atau Melati kot tak silap, lupa lak nama tasik tu. 

Sampai situ kami tengok tak byk sangat pun kedai. Tapi nampak mcm ada tapak utk pasar malam atau pasar tani kot.. Maybe sebab ari tu Manjer pegi hari Rabu. Kalau pergi hari Minggu mungkin byk kedai dan org rasanya. 

WANG KELIAN
Hadapan Wang Kelian

WANG KELIAN
Tepian Bukit Wang Kelian

WANG KELIAN
Wang Kelian, Perlis

WANG KELIAN
SAWADIKAP... :)


WANG KELIAN
Ni la Kedai-Kedai yang ada...

Rasanya kami mmg dah masuk ke sempadan Negara Thailand. Ada juga nampak pelancong asing. Erm.. Harga barang-barang tu biasa la bleh tahan gak murah mcm kat Padang Besar. Rasanya Wang Kelian ni tak jauh kot dari Gua Kelam .. Disebabkan hampa tgk kedai-kedai yang tak byk, kami pun bergerak ke PADANG BESAR lak. Alang-alang dah sampai Perlis kan.. 

PADANG BESAR
Padang Besar, Perlis

LADANG TEBU
Ladang Tebu, Perlis

Beli la gak skit-skit barang kat Padang Besar. Orang kata dah sampai tempat tu jauh-jauh takkan tak beli pe² kan.. Kalau dari Johor nak ke Perlis mmg jauh sgt la, kalau dari kg suami tu dlm 3 jam lebih gak. Balik dari Padang Besar tu kami lalu Ladang Tebu. Luas ladang tebu ni .. Seronok juga dapat tengok negeri orang ... Hee.. :)

2 comments:

  1. assalamualaikum manjer..

    hehehe... nasib la dpt suami yg tak suke berjalan kan. dok umah je la ko....

    tak pernah smpi wang kelian. masa aku dok belajar kar perlis dulu, penah gak dengar nama tmpt ni, tp tak la sepopular sekarang. masa pi padang besar tu tak singgah tasik timah tasoh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la piz.. nasib la... Hee.. tak sempat singgah mana sangat pun.. dari kedah kul 8, sampai wang kelian kul 11.30.. jalan jap pastu benti makan solat, kat padang besar kul 2 sampai 4, pastu balik sampai umah dah malam.. best tak tasik timah tasoh tu?

      Delete